Agensi Pengangkutan Awam Darat

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) (sebelum ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, atau SPAD) ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada hari Khamis, 3 Jun 2010. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai pengerusi. Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam 2010 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 diluluskan dalam sesi Parlimen 2010. Tujuan SPAD ialah meningkatkan sistem pengangkutan awam negara yang menjadi teras Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) . Tumpuan kepada Semenanjung Malaysia kemudian peringkat Sarawak dan Sabah. Antaranya ialah menentukan dasar dan merancang perkhidmatan rel, bas dan teksi serta pengangkutan barangan melalui rel dan jalan raya. SPAD akan mengambil alih peranan Jabatan Keretapi Malaysia, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta fungsi Pesuruhjaya Pelancongan dalam urusan perlesenan bas-bas pelancongan.[3]Pada 23 Mei 2018, Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad telah mengumumkan bahawa SPAD akan dibubarkan dan tugas SPAD akan diambilalih oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.[4] [5]SPAD dibubarkan dan digantikan dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.[6]

Agensi Pengangkutan Awam Darat

Agensi-agensi terdahulu
  • Jabatan Keretapi Malaysia[1]
  • Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)[1]
Bidang kuasa Kerajaan Malaysia
Ibu pejabat Putrajaya
Laman sesawang www.spad.gov.my
Eksekutif Kerajaan
  • Isa Samad, Pengerusi
  • Mohd Azharuddin Bin Mat Sah, Ketua Eksekutif[2]
Dibentuk 3 Jun 2010; 13 tahun yang lalu (2010-06-03)[1]
Dibubarkan 23 Mei 2018; 5 tahun yang lalu (2018-05-23)
Agensi yang mengambil alih
Jenis Kerajaan

Rujukan

WikiPedia: Agensi Pengangkutan Awam Darat http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.spad.gov.my/ https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/06/07/... http://www.spad.gov.my/about-us/what-we-do http://www.spad.gov.my/about-us/members-commission https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/23/... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/spad-dib... http://www.spad.gov.my/sites/default/files/nationa... https://web.archive.org/web/20160406220404/http://... https://web.archive.org/web/20160405131440/http://...